Tuesday, October 13, 2009

Kenali Wakil Putrajaya

WAKIL PUTRAJAYA TERTINGGI 313
[KOMANDO]MEJAR_PANGLIMA GAYONG^WAKIL JENERAL^

PEMBANTU WAKIL PUTRAJAYA
PANGLIMA PERANG 313

Kepada sesiapa yang ingin join 313, sila bagi nama penuh, no.ic, tempat tinggal kepada kami di ruang bersembang yang telah disediakan khususnya kepada masyarakat yang tinggal di sekitar Putrajaya & Cyberjaya.

PS
Kami akan memasukkan nama2 wakil 313 di setiap negeri dalam masa ke semasa supaya pengurusan ahli 313 senang didaftar.

Friday, October 9, 2009

Pengumuman baru kepada semua ahli termasuk Wakil Mutlak Jeneral ( 9/10/09 )

Assalamualaikum para sahabat sekalian.Pada jam 1:22pm 8 Oktober timbalan telah menelefon jeneral.Timbalan ingin menyampaikan pesanan kepada para Wakil Mutlak Jeneral [WMJ]. Jeneral minta kerjasama baik semua WMJ agar wujudkan blog bagi setiap majlis [cawangan] masing2 di setiap negeri.Contohnya:
http://pertubuhan313-cawanganjohor.blogspot.com
http://majlistertinggi313.blogspot.com
http://penang313.blogspot.com
Di setiap negeri yg mempunyai cawangan 313 disarankan agar wujudkan sebuah blog bagi memastikan Majlis Tertinggi [MT] dpt mengenalpasti sejauh manakah perkembangan yg berlaku di setiap majlis di samping dpt mengetahui informasi-informasi yg terbaru.

Mudahan semua ahli faham akan pesanan jeneral ini dan timbalan amat bersetuju dengan saranan jeneral agar wujudkan blog2 313 setiap peringkat cawangan kerana dengan langkah ini ia dapat menjadikan urusan 313 bertambah lancar dan efektif.

Timbalan juga sarankan agar setiap blog di setiap peringkat kawasan ini dikendalikan sendiri oleh wakil-wakil mutlak jeneral (WMJ)


Sekian, terima kasih

Wednesday, October 7, 2009

Sedikit nasihat utk para ahli -7/10/09-

Assalamualaikum sahabat sekalian.

Pada petang yg mulia ni sye nk beritahu serba sedikit mengenai 313 ini. 313 ini merupakan sebuah organisasi yang baru ditubuhkan pada tahun 2008. Keahlian 313 ini mempunyai seramai lebih 1,300 orang dan 313 mempunyai banyak cawangan Malaysia dan Sumatera, Indonesia. Kalau korang nk tahu lebih lanjut pasal 313, korang bleh tgk dlm laman blog milik WMJ Panglima Setia Harun ( pertubuhan313-cawanganjohor.blogspot.com) atau blog milik WMJ Leftenan Otai (313penang.blogspot.com).

Timbalan nk bgtau korang bahawa 313 ini masih berada dlm proses pendaftaran dgn pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia (R0S).Walaubagaimanapun, mari kita sama2 berdoa moga ALLAH SWT permudahkan segala urusan kita di samping mudahan semua hati kita disatukan oleh-Nya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran yang mendatang.Apabila 313 mendapat kelulusan daripada ROS, maka timbalan akan minta jeneral tukarkan nama 313 kpd nama Pertubuhan Belia Islam Bersatu atau PBIB. Kita akan mula bergerak secara proaktif di samping berusaha melaksanakan pelbagai program demi kepentingan bersama khususnya bangsa kita iaitu bangsa melayu.

313 juga menjadi platform bagi mengukuhkan dan mempertahankan tali persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan bangsa melayu islam khususnya orang2 muda. Jika kita lihat sekarang di negara kita bangsa melayu skg kian dihina, Agama Islam kian dipersenda, Raja2 melayu dan undang2 kian dicabar oleh pihak2 yg x bertanggungjawab.Di samping itu, perpecahan berlaku dlm kalangan bangsa melayu adalah disebabkan oleh faktor politikking yang melampau dan semangat assabiah yang kian memuncak dlm diri seseorang melayu itu.Jadi, timbalan berharap agar semua ahli 313 bersatu hati, kita mesti tolak segala perbezaan dari segi politik dan kita mesti berganding bahu tak kira ahli muda/tua bersama-sama kita berusaha menjaga kepentingan kita di samping melindunginya daripada ancaman2 luar yang liar.

Timbalan juga berdoa satu hari nanti 313 ini akan menjadi sebuah pertubuhan bukan kerajaan [NGO] yg berjaya mencapai matlamatnya dan bergerak secara proaktif.Timbalan juga akan berasa gembira sekiranya 313 dapat menjalinkan jalinan persahabatan atau kerjasama dengan NGO2 lain demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

PS
Di petik dari blog majlis tertinggi 313.

Monday, August 31, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 52



Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Berita Terbaru Dari Jeneral

Assalammualaiku​m ..
Selamat berpuasa pada semua kawan ..
Harap2 di bulan yang mulia ni dapatlah kita perbykkan amal ibadat ...
Di sini ada pesanan dr jen..

Jen telah berbincang dgn majlis tertinggi 313 insya^allah lepas raya kita rombak dan susun AJK2 kita untuk pantau pergerakan ahli2 kita,dan kita akan tubuhkan pergerakan amal kebajikan 313 untuk membantu ahli2 kita yang di dalam kesusahan contoh kematian,​kemalangan,​perkawinan .... di sini jgk kita akan lantik dan menghantar ahli2 313 ke kelas urus jenazah dan kelas fardhu ain,kita akan hantar ke kelas bacaan al quran,dan kita ambil beberapa ahli yang berminat untuk menyanyi lagu nasyid,semua ni akan di pilih ...
yang paling utama kita akan membantu orang kurang upaya dan anak2 yatim piatu yang memerlukan bantuan .... semua telah tersusun,​insya^​allah,​marilah kita sama2 jayakan perjuangan kita ...

Maklumat dari Jeneral

Assalamualaikum..
Berita terbaru 313, ahli2 pekida (30) telah bergabung dengan 313, mereka dapat terima kita dengan baik.

Wednesday, August 26, 2009

SYARAT-SYARAT PEMILIHAN WAKIL JENERAL

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua ahli 313 samada yang lama mahupun yang baru.Di sini sy senaraikan syarat pemilihan Wakil Jeneral bagi cawangan di setiap negeri.Syarat-syarat ini telah ditetapkan oleh Timbalan Jeneral Setia Al-Walid hasil perbincangan bersama Jeneral.

1. Bertanggungjawab dan Amanah
2. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan sahsiah diri yang terpuji
3. Berusia 18 tahun ke atas
4. Taat dan patuh pada perintah ALLAH s.w.t. serta bertaqwa
5. Dapat melaksanakan tugasan dgn baik dan membimbing orang-orang lain ke arah jalan
yang lurus
6. Taat setia dalam perjuangan