Wednesday, February 18, 2009

Baca Ini...

Assalamualaikum.
Saya ingin memberikan sedikit nasihat kpd pihak tertentu yg mengkaitkan Pertubuhan Geng Otai Malaysia dengan PEKIDA dan kumpulan samseng tertentu. Saya ingij tegaskan di sini bahawa PBIB ini bukan satu pertubuhan samseng, Saya pernah menjadi Timbalan Presiden Pertubuhan yang besar ni 1 bulan yg lepas. Semua perlembagaan, matlamat perjuangan kami, aksesori, sejarah 313 ini dan ikrar Taat setia semuanya saya yg buat. Saya tahu apa matlamat 313 ini. 313 ni bukan kongsi gelap atau apa2. Saya beri amaran pada sesiapa yg cuba menjatuhkan 313 ini. Dlm 313, kami x pakai istilah ayahanda, abang long, abang ngah, tiger wari, naga, 36 dan seangkatan dgn nya.. Kalau nak kutuk kami biar ada bukti. Jgn main cakap saja ikut sedap bibir. Boleh tergolong dlm fitnah.

Sekarang ramai saudara seangkatan aku di hina, kononya 313 ini samseng terlibat dlm pergaduhan di Damansara, Ukay Perdana dan mcm2. Apa kejadah tu? Ada otak ke bila nak cakap tu?> Kalau ada knowledge baru la cakap. kalau tak tahu diam tutup mulut dan gari mulut tu dgn rantai.

Walaupun saYA bekas timbalan presiden di bawah pimpinan Presiden 313 ini seorang Abang Long SAHABAT kampung Baru, namun saya tetap akan pertahankan 313 sampai selama lamanya tanpa menghiraukan ancaman dari mana mana pihak. ALLAH SWT ada bersama kami, buat apa kami perlu takut pada penyebar fitnah? kami mengamalkan prinsip amar makhruf nahi mungkar juga. bukan nak tiru mcm pekida tapi amalan amar makhruf nahi mungkar ini perlu di buat dalam kalangan masyarakat dlm sesebuah negara. Semangat BROTHERHOOD kami satu angkatan tentera ALLAH, berlindung di bawah panji hitam ufuk timur tetap akan berdiri megah, teguh, bersatu, dan assabiah!.

Kami ini maju membantu anak anak melayu muda, dah nama pertubuhan pun belia, x kan nak jadi samseng? kami juga melaksanakan undang2 di mana sekiranya ada ahli yg terlibat dlm kemungkaran akan kami MAjlis Tertinggi ambil tindakan tegas terhadap yg terbabit sebagai amaran dan pengajaran buat ahli yg lain.

Oleh itu, saya menyeru kalau ada mana mana pihak yg x puas hati sila beritahu saya atau jumpa saya secara bersemuka.
jgn jadi pengecut dengan menyerbarkan fitnah

sekian.

FADLY
-Abang Su Pertubuhan Warisan Persahabatan [SAHABAT] Malaysia
Kampung Baru, KL-

Monday, February 2, 2009

10 Matlamat Perjuangan 313

Matlamat Perjuangan 313:

Mewujudkan perpaduan yang kukuh dan kuat dalam kalangan umat islam yg makin berpecah.
Membantu umat islam yang kurang bernasib baik seperti fakir dan miskin agar dapat meringankan bebanan mereka.
Melaksanakan Amar Makhruf Nahi Mungkar dalam masyarakat seperti mana yang di suruh dalam Islam.
Membimbing para belia islam khususnya ke arah kebaikan seperti membuat kerja-kerja amal kebajikan, membina sahsiah diri yang mantap, melindungi mereka daripada terjebak dalam gejala sosial yang negatif
Mempertahankan Agama Allah daripada ancaman musuh islam.
Membantu dan mempertahankan bangsa melayu dan islam serta negara tercinta.
Berusaha memajukan dan mengembangkan ekonomi umat islam
Berusaha memantapkan keimanan dan kekuatan umat islam agar umat islam tidak terpesong daripada akidah islam
Mempertahankan & mengekalkan keamanan dan kemakmuran di Malaysia
Tidak mengkhianat bangsa, agama dan Negara sendiri serta akan senantiasa berkhidmat untuk bangsa, agama dan Negara.

Sunday, February 1, 2009

Maksud Logo [Baru]

Logo ini merupakan logo 313 yang telah di ubahsuai. 313 menggunakan 3 warna perjuangan iaitu hitam, kuning dan merah.

Warna merah bermaksud keberanian ahli2 313 dalam menghadapi cabaran yang melanda dalam kehidupan.Selain itu, keberanian dalam menegakkan agama islam dan mempertahankan bangsa melayu & islam agar tidak di tindas oleh musuh-musuh islam.
Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja-Raja di Malaysia.
Warna hitam pula bermaksud sikap Taat dan setia terhadap pemimpin negara, pemimpin agama islam dan pemimpin 313.
Al Quran merupakan panduan bagi umat islam dalam kehidupan. Ajaran Al-Quran akan senantiasa di praktikkan dalam kehidupan sehalian.
Bulan BIntang melambangkan kebesaran kuasa Allah SWT.
Kalimah Allah itu merupakan pencipta sekalian alam termasuk umat manusia. Umat islam mesti mematuhi segala suruhan yang di suruh oleh Allah SWT di samping percaya ke atas kewujudannya serta perasaan cintakan Allah SWT.
Kalimah La'ilahaillallah itu bermaksud tiada tuhan yang di sembah melainkan ALLAH dan Nabi muhammad itu pesuruh ALLAH. Kalimah ini juga dapat membangkitkan semangat jihad yang tinggi dan kental dalam kalangan umat islam.