Wednesday, December 31, 2008

Meeting & Perjumpaan 313

Salam ukhwah..
Kpd ahli2 313 yg ingin turun meeting, sila bagi nama masing2 kpd Panglima Gayong / Panglima Acap / secara terus kpd Mejar Pak Rimau serta no hp anda. Meeting dan perjumpaan akan dibuat di Dewan Kg Paya, Kg Baru, Kuala Lumpur pada awal tahun depan.., tarikh akan ditetapkan.Harap ahli2 313 memberi kerjasama kpd org2 atsn. Jumpa disana!!

PS

Meeting & Perjumpaan akan dibuat pada 15/2/2009 iaitu pada hari Ahad.., jam 10 pagi - 3 petang. Harap ahli2 313 dapat datang..

Sekian.

Wednesday, December 24, 2008

Cadangan Pembentukan MJT

Jeneral Rimau [JR] mencadangkan agar sistem org kanan dan orang kuat 313 di bubarkan.hal ini kerana sistem tersebut tidak sesuai sekiranya 313 ini dijadikan sebuah badan pertubuhan berdaftar. Oleh itu, JR ingin kemukan beberapa cadangan.Antaranya ialah:

Mewujudkan Majlis Jawatankuasa Tertinggi [MJT].

MJT perlu di tubuhkan bagi membantu dan menasihati Presiden 313 dlm semua hal. Selain itu,MJT penting dlm memantau dan mengawasi semua ahli 313 termasuklah Majlis Urus Setia.
MJT di ketuai oleh seorang ketua dan 4 org pembantu.

Yuran keahlian:

JR mencadangkan agar pembayaran yuran mestilah berpatutan.Berikut merupakan jumlah yuran yg perlu di bayar oleh ahli yg cukup umur dan bwah umur.

Ahli bawah umur: Yuran RM3
Ahli cukup umur: Yuran RM5

Tujuan yuran di buat adalah untk membuat tabung dana khas untk 313. Tabung ini berfungsi sebagai dana untk membuat amal kebajikan seperti membantu org2 miskin, jamuan, kenduri dan sebagainya.

Saturday, December 20, 2008

Logo



Kepada Komandan.., Panglima dah buat tugasan seperti mana Komandan suruh.. Jika tidak puas hati, komandan boleh bagi komen / mesej ke Panglima Gayong.

Tuesday, December 16, 2008

Design Kad Ahli


Inilah Rekaan Pertama.

Misi & Visi Berserta Maksud

Misi
Ahli 313 mestilah melaksanakan tugas - tugas yang diberikan oleh orang atasan 313 dan perlu bekerjasama di antara satu sama lain.

Visi
TF akan berkembang dari semasa ke semasa di pelusuk tanah air khususnya semua umat Islam dan juga TF meletakkan di puncak tertinggi supaya ia berkembang di seluruh Malaysia.

Monday, December 15, 2008

Pembaharuan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, sekrang ini Jeneral Rimau[JR] mahu membuat sedikit pembaharuan dlm Tentera 313 / OTAI.
JR mencadangkan agar Tentera 313 didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan agar dpt mengukuhkan lagi kedudukan 313 di samping dpt meneruskan usaha 313 dlm mencapai matlamatnya.Sehubungan dgn itu, JR akan kemukakan beberapa cadangan:

1. Nama 313 di tukar kpd Pertubuhan Komuniti Islam Sejagat [PERKIS] atau Otai 313
2. Sistem Perlembagaan 313 di rombak semula.
3. Mewujudkan Majlis Urus Setia yg terdiri daripada seorang ketua dan 10 orang ahli berlantik.

Sistem Perlembagaan:

Presiden [Pengasas & ketua]

Timbalan Presiden [Orang kanan]

Majlis Urus Setia [Presiden & 10 ahli berlantik]

Ahli biasa

Apa maksud Majlis Urus Setia? [baca]

Majlis Urus Setia merupakan sebuah majlis khas yg perlu di tubuhkan bagi menguruskan aktiviti2 amal jariah. Majlis ini mempunyai seorang presiden dan 10 orang ahli berlantik:

Tugas Majlis Urus Setia:

Majlis ini menjalankan tugas seperti membantu menguruskan khariah kematian, membuat dana kebajikan, menguruskan aktiviti keagamaan seperti majlis tahlil, ceramah dll. Bahkan,majlis ini perlu memantau semua ahli-ahli.Sekiranya terdapat masalah,Majlis ini akan membantu ahli bermasalah.

Tugas ketua Majlis Urus Setia:

1. Memberikan arahan dan membimbing ahli
2. Menyarankan ahli supaya berpegang pada prinsip Amar Makhruf Nahi Mungkar iaitu membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dlm masyarakat
3. perlu pandai bercakap dan bertanggungjawab

Saturday, December 13, 2008

Moto TF 313






AMANAH
  • Saling tolong menolong di antara 1 sama lain.
  • Jika salah seorang ahli kita ada masalah.., bantulah dia.
BEKERJASAMA
  • Apa jua tugasan, ahli - ahli yang lain perlu bekerjasama dengannya.
  • Setiap orang perlu memberi 1 idea.., berbincang sehingga tugasannya siap & lengkap.
BERBAKTI
  • Ahli TF 313 berusaha untuk berbakti buat bangsa, agama dan negara.

PS

AMANAH TAAT SETIA
  • Taat setia dengan semua ahli - ahli 313 dan perlu hormat - menghormati khususnya orang - orang atasan seperti : Jeneral, Orang Kanan & Orang Kuat.

Thursday, December 11, 2008

Syarat - Syarat Untuk Menjadi Ahli 313

Sesiapa yang ingin menjadi ahli 313, bolehlah klik url di bawah beserta baca syarat2 keahlian demikian:

  1. Ahli 313 mestilah Taat Setia pada Jeneral,Orang Kanan dan Orang Kuat 313.
  2. Ahli 313 mestilah mempunyai jati diri dan disiplin yang kental.
  3. Ahli 313 mestilah bersatu dan jangan bergaduh sesama sendiri.
  4. Ahli 313 mestilah memahami antara satu sama lain
  5. Ahli 313 mestilah bertanggungjawab atas Amar Makruf Nahi Mungkar.
  6. Ahli 313 mestilah melaksanakan tugas Allah dan meninggalkan larangannya.
  7. Sikap saling membantu dan hormat menghormati amat penting dlm tentera 313.
  8. Bebas dari unsur jenayah seperti ; jenayah berat / ringan.
  9. Bebas dari kumpulan haram seperti ; mat rempit, black metal dsb.

Sekiranya anda ada kemusykilan, sila hantarkan komen.

Sekian, terima kasih.

Tujuan Penubuhan 313

Apa tujuan 313 ini di tubuhkan?. Tujuan 313 di tubuhkan adalah untuk menyatupadukan semla umat islam terutamanya golongan muda yg bnyk terpesong daripada akidah. Golongan muda masa kini bnyk tercenderung dlm gejala tak sihat, bergaduh sesama sendiri, terikut anasir2 liar. Hal ini menyebabkan ISLAM sering di hina, di pijak oleh KAFIR!. Kami ahli 313 tidak ada kaitan langsung dengan PEKIDA, 30, 36, 77. Bahkan, kami juga tidak ada kaitan dgn kongsi-kongsi gelap & Kumpulan samseng yg ada di Malaysia.

Matlamat kami adalah untuk mempertahankan ISLAM, menyatukan anak2 bangsa melayu terutama golongan muda, bersama-sama mengembangkan syiar ISLAM dgn lebih luas.Selain itu, perjuangan Tentera 313 adalah kerana ALLAH SWT!, kami ahli 313 mahu membantu bangsa melayu yg di tindas, di hina.Kami tak mahu anak2 muda melayu terlibat dgn gejala tak sihat.

Kami beranggapan bahawa anak2 muda melayu yg terjebak dlm gejala x sihat merupakan anak2 muda yg memalukan bangsa mereka sendiri, menjatuhkan maruah ISLAM dan memberikan pandangan negatif terhadap orang2 kafir. Sebahagian Anak2 muda sekarang makin taksub dengan anasir-anasir luar.

Intiharnya, kami ahli 313 berharap umum memahami maksud 313, paham matlamat kami dan umum mesti berfikiran luas dan positif. Marilah bersama-sama kita mengembangkan lagi syiar ISLAM dengan lebih luas!. Mudahan bangsa melayu menjadi bangsa yang cemerlang dan contoh pada masa akan datang!.

Takkan melayu hilang di dunia!
Bersatulah Bangsa Melayu demi mempertahankan bangsa,agama dan negara kita!
Bangkitlah! Bangkitlah!
Bangsa Melayu perlu bangkit berusaha memajukan bangsa kita ke arah yg cemerlang!.

Logo Otai 313


Logo Otai 313 yang direka oleh Mejar Pak Rimau. Dan disetujui oleh Jeneral, Komandan dan orang2 atasan. Panglima bangga dengan Mejar kerana pandai reka logo ini.

Wednesday, December 10, 2008

Panji 313 Serta Maksud


Maksud
  1. Merah - Keberanian
  2. Hitam - Bersatu Taat Setia
  3. Pedang Bersilang - Pahlawan Yang Berani
  4. Kod 313 - Perang Pertama Islam & Kemenangan Buat Sejarah Islam

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam ukhwah kepada anda semua khususnya ahli - ahli Tentera Fisabilillah 313. Saya Panglima Gayong_Otai /// ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada semua umat Islam lebih - lebih lagi ahli2 Otai 313.

Baju T Design

Contoh Jenis Rekaan Baju T

Inilah rekaan baju T pertama aku., maaflah jika gambar ini terlalu kecil.




Rekaan Kedua.

Tuesday, December 9, 2008

Orang - Orang Atasan 313

Panglima Gayong^Wakil Jeneral^Otai 313
[Orang Kanan Jeneral]

Black Jeneral 313
[Pencipta & Pengasas / Ketua Tentera 313]

Komandan Al - Khattab / Tok Rimau 313
[Orang Kanan Jeneral]

Panglima Perang Setia 313
[Orang Kuat Jeneral]

Mejar Pak Rimau 313
[Orang Kuat Jeneral]


Leftenan 313
[Orang Kuat Jeneral]

Sarjan 313
[Orang Kuat Jeneral]

Wednesday, November 19, 2008

Sejarah Penubuhan Tentera 313

Salam sahabat. Tentera 313 telah di asaskan oleh Black Jeneral Otai pada tahun 2008. Group 313 ini makin berkembang dari masa ke semasa. Group 313 juga telah mengumpulkan jumlah ahli yang ramai terdiri daripada seluruh semenanjung Malaysia, alhamdulillah...

MAKSUD 313:

Apa itu 313? Mungkin umum akan menganggap bahawa 313 ini seperti kongsi gelap. MAAF!. Untuk maklumat semua, 313 ini di ambil sempena kemenangan umat Islam dalam Perang Badar. Zaman Rasulullah SAW,perang badar tentera islam seramai 313, manakala tentera musuh berlipat kali ganda. Namun, syukur alhamdulillah, dgn berkat usaha, keyakinan yg kuat terhadap kuasa Allah, umat islam pada masa itu dpat menewaskan tentera Kafir.

Bagi kami,313 ini merupakan kod kemenangan umat islam dalam mempertahankan AGAMA ALLAH di samping pada masa yg sama, mengembangkan syiar ISLAM dengan lebih luas.