Sunday, November 22, 2009

Perasmian Wakil Mutlak Jeneral Shah Alam

Assalamualaikum wrt brt..
Akhirnya dapat juga kita bertemu kembali pada hari ini, diharap semua ahli semuanya sihat selalu..

Timbalan jeneral telah mengarahkan saya menjalankan tugas bahawa "Nazreen 313 (Ayen)" telah dinaikkan pangkat sebagai 'Wakil Mutlak Jeneral (WMJ) Shah Alam'. Majlis 313 Shah Alam telah ditubuhkan dan mempunyai keahlian seramai 100 orang.

Pada awalnya, keahlian begitu ramai iaitu sebanyak 500 orang, hanya 100 orang sahaja yang telah terpilih kerana bebas rekod jenayah serta mengikut undang-undang 313 yang telah ditetapkan. Yang selebihnya (400 orang) telah ditapis daripada memasuki atau menjadi ahli 313 kerana tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan.

Yang benar,

[Komando]Mejar Panglima_Gayong
(Wakil Jeneral & Timbalan Jeneral)

Saturday, November 21, 2009

Nasihat dari Timbalan Jeneral

Bismillahhirrahmannirrahim. Maha suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Alhamdunillah mudahan mari kita berdoa kepada Allah SWT agar perjuangan 313 dapat diteruskan selamanya. Pak mahu berikan sedikit nasihat dan peringatan kepada semua pengunjung blog.Sebagai pengunjung blog, kita akan memasuki banyak laman blog yang mempunyai banyak info2 yang mungkin anda mahukan. Pak nak tegaskan di sini, sekiranya dalam sesuatu blog itu moderator ada meletakkan sebuah kotak/ruangan khas untuk para pengunjung chit chat, anda boleh menggunkannya untuk berkongsi pendapat dan idea yang mungkin berguna serta boleh dikongsi bersama.

Kita sebagai pengunjung blog perlu mempunyai adab dan etika ketika menulis mengenai sesuatu pandangan dalam sesebuah blog. Kita perlu hormat pada orang di samping menjaga tatasusila dan setiap perkataan yang ditulis itu perlulah tidak menyentuh peribadi mana-mana pihak atau individu. Kita juga perlu bersikap secara matang dan sampaikan pandangan2 yang baik dan berkaitan dengan info2 yg ada dalam sesebuah blog. Kadangkala, ada juga pengunjung blog yang bersikap biadap dengan menyelitkan perkataan-perkataan lucah atau berbau perkauman dalam sesebuah blog.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana kita perlu sedar bahawa masyarakat umum akan baca tulisan anda itu dan mereka akan dapat menilai sikap dan keperibadian anda ini melalui penulisan dan kata2. Jika anda suka menulis perkara yang bukan2 dan berunsur perkauman atau lucah, maka orang akan dapat kenalpasti sikap anda. Di samping itu, kita kena ingat, setiap blog yang ada di Malaysia ini senantiasa dipantau oleh pihak berkuasa. Oleh itu, tidak salah untuk kita sampaikan pendapat kita melalui saluran blog.Namun, kita harus ingat, dalam semua perkara yang kita lakukan, kita perlu ada cara perlaksanaan dan adabnya. Oleh itu, jika kita ini seorang yang gemar berkongsi pendapat dengan orang lain melalui blog, kita perlu menjaga penulisan, kata2 dan tatatertib kita.

Malah, kita juga perlu bersikap matang. Jangan bersikap kebudak-budakan.Setiap manusia mempunyai sikap yang berbeza.Setiap orang mempunyai perasaan dan jiwa.Oleh itu,sebagai pengunjung blog, kita dilarang sama sekali menulis atau memfitnah seseorang atau sesebuah agensi dan negara serta NGO-NGO dengan dakwaan-dakwaan yang tidak munasabah.Dalam erti kata lain, kita dilarang sama sekali untuk menyebarkan fitnah dan membuka keaiban orang lain.

Fitnah ini dosanya lebih besar daripada membunuh.Fitnah merupakan kemungkaran dan mesti di cegah seperti mana Islam menyarankan umatnya agar melaksanakn amar makhruf nahi mungkar.Namun, jika seseorang penulis blog itu beragama islam tidak kira bangsa samada melayu atau bangsa lain sekalipun, jika dia menulis sesuatu artikel atau pandangan yang mengaibkan orang lain atau mengandungi unsur-unsur fitnah, ia merupakan satu perkara yang amat hairan dan memalukan.

Kenapa???. Sebab, jika kita beragama islam, kita perlu patuh pada ajaran islam. Jangan hanya bangga dengan islam pada nama sahaja tetapi jiwa, sikap dan tatasusila, sahsiah diri serta cara kehidupan kita tidak mencerminkan ciri2 sebagai seorang muslim yang betul2 kuat berpegang pada ajaran islam.Inikan pula, jika dia sering mengaibkan pihak2 tertentu dan melakukan fitnah. Apakah orang seperti itu perlu kita biarkan??. atau sayugia kita mencegahnya melalui saluran2 yg betul??..Apakah perlu kita biarkan orang yang bersikap demikian terus melakukan kerja2 yg kotor ini???. Kita kena fikir, jika orang sebegini terus dibiarkan, dia akan terus menjatuhkan nama baik serta maruah orang/pihak yang di fitnah itu sekaligus menyebabkan masyarakat memandang sinis sedangkan segala dakwaan yang dibuat itu tidak benar!!.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelangga. Itulah ungkapan peribahasa yang sesuai bagi sikap orang yg suka buat fitnah. Disebabkan sikapnya, orang lain terpaksa menerima tempiasnya. Pihak berkuasa sewajarnya mengambil tindakan tegas terhadap golongan sebegini biarpun dia menggunakan nama samaran dalam blog. Pihak berkuasa dapat mengesan org2 sebegini.Nasihat pak ini adalah untuk seluruh ahli 313, ahli2 NGO, dan warganegara Malaysia samada orang muda atau tua.Cuba kita renungkan bersama...

Ingatlah!!.. Khusus untuk bangsa melayu, bangsa yang pak rimau paling sayangi, jangan bersikap hasrat dengki, benci membenci, fitnah memfitnah sesama saudara seagama sendiri sebaliknya jadilah kita ini orang yang bersikap matang baik dari segala perbuatan, percakapan, sahsiah diri dan sebagainya. Ingatlah!!!!!!!!

Sekian...

Timbalan Jeneral Setia Al-Walid 313 (Pak Rimau)
[ Timbalan pengerusi 313 ]

Wednesday, November 18, 2009

Pesanan buat 313

Dibawah ini adalah pesanan dari Komandan Al-Khattab

"Assalammualaikum segala puji bagi yang telah mengembangkan perjuangan ni .. marilah kita bersyukur ke hadrat ilahi berzikir dan berselawat...
jauhkan lah segala larangannya ...

saya nak memberitahu pada ahli2 313,saya tak kisah kamu nak simpan logo pekida atau apa pun,tapi saya pantang tgk ahli 313 ada simpan gambar naga dan yin yang ,buat apa kita simpan gambar naga yang jadi kebanggaan china,buat apa kita simpan logo yin yang yang menjadi kesukaan china beragama budha ... ingat perjuangan kita yang sebenar,apa yang RASULLULLAH SAW katakan dalam hadis telah menjadi nyata ... banggalah kamu sebagai umat islam,banggalah kamu dgn kalimah yang ada di kening kamu itu,jagalah dgn baik ...jika kamu mengaji,kamu tahu tentang islam,penghayatan islam,kamu mesti tahu apa hukumnya jika kamu bangga dgn NAGA DAN YIN YANG .. hidup jgn ikut orang,kuatkan pendirian sebagai umat islam yang cemerlang ...
jgnlah kamu tersesat dgn perjuangan Naga(kelub2 MALAM) ..
PERJUANGAN YIN YANG(MABUK)
SESUNGGUHNYA KAMU HARUS MEMPERKUATKAN IMAN DAN MEMPERBETULKAN TINGKAH LAKU YANG MAKIN TERPESONG ...

ISLAM NAMA SAHAJA

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".



H.R al-Baihaqi

Keterangan

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

hayati lah wahai saudara2 seperjuanganku"

Komen dari <
Wakil Jeneral 313>

"Assalamualaikum buat semua adik beradik 313 seluruh malaysia... semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat dan mematuhi perintah yang Allah tetapkan..

Tujuan saya hantar buliten ni adalah respon kepada saudara kita komandan al-khattab, saya bersetuju dgn beliau.minta semua ahli faham matlamat jen tubuhkan 313 ni agar kita semua bersatu khususnya golongan belia agar tidak terjebak dengan aktiviti tidak sihat dan maksiat,bantu sesama melayu islam dan saudara islam,kukuhkan hubungan perpaduan melayu islam dan seagama dgn kita walaupn berbeza bangsa.

Maruah bangsa MELAYU harus di jaga dengan baik dan usah kita cemari dengan anasir2 yang tidak d galakkkan dalam ISLAM.biarpun ada ahli yang menyimpan logo Pekida atau ahli pekida sendiri yang menyertai 313, saya harap kita sesama MELAYU BERAGAMA ISLAM tidak terpesong dari ajaran ISLAM dan sentiasa bersatu.

ahli2 313 saya minta faham mesej yang d sampaikan oleh komandan al-khattab agar kita tidak menyimpan logo2 yang tidak berunsurkan PERJUANGAN ISLAM dan boleh menimbulkan maksud yang tidak baik.akhir kata saya mohon maaf andai teguran ini menyinggung mana2 pihak, tetapi percayalah sahabat2ku.. aku tidak sekali bermaksud untuk menyakiti kamu tetapi sayangkan kamu semua agr kita ahli 313 kekal di landasan yang betul.. sekian..Taat Setia 313! "

Monday, November 16, 2009

Merintis semangat kerjasama

Di bawah ini adalah surat daripada Timbalan Jeneral yang berbunyi..

Bismillahhirrahmannirrahim..Assalamualaikum buat semua kwn2 dan pengunjung2 blog ini. Alhamdunillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana pak masih berpeluang lagi untuk menulis berita-berita terbaru yang berlaku dalam 313.Sesungguhnya walaupun sekarang ini pak masih lagi sibuk dek kerana berjihad dalam peperiksaan yang sedang berlangsung, masih tinggal 3 hari saja baki hari peperiksaan ni dan pak masih dapat meluangkan masa untuk berkongsi cerita baru dalam laman blog ini.

Alhamdunillah, pak nak berkongsi sedikit cerita mengenai semangat kerjasama. Apa yang pak nak kongsikan dalam blog ini adalah sebagai perangsang buat kita semua sebagai saudara seagama untuk terus bersikap bagai aur dengan tebing di mana kita seharusnya mengamalkan semangat kerjasama dalam kehidupan seharian.

Untuk pengetahuan saudara2 pembaca sekalian, Jeneral otai telah menghadirkan diri ke mesyuarat SAHABAT (Pertubuhan Warisan Persahabatan Malaysia) bulan lalu.Dalam mesyuarat tersebut, jeneral telah berkongsi cerita mengenai intipati 313 ini kepada seluruh ayahanda dan kekanda-kekanda sahabat yang turut hadir. Beliau menyampaikan perkara2 mengenai tujuan 313 ditubuhkan, apakah itu 313 dan segala hal yang berkaitan dengan 313.Pendek cerita, jeneral telah memperkenalkan 313 kepada semua org2 kuat SAHABAT.

Alhamdunillah, akhirnya 313 diterima secara positif dan terbuka oleh ayahanda2, kekanda2 dan ahli SAHABAT. Bahkan, Ayahanda Syed Hussein sendiri telah berhasrat untuk membantu 313 berdaftar dengan pihak Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Syukur alhamdunillah, pak melihat perkara ini sebagai satu perkara yang amat baik dan murni. Kita perlu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ayahanda Syed Hussein.

Insya-Allah, 313 akan menjadi sebuah kelab berdaftar di sisi undang2 buat sedikit masa lagi. Marilah sama2 kita berdoa moga kita dikurniakan kejayaan dan kita juga perlu bersyukur kepada Ayahanda Syed Hussein diatas bantuan beliau terhadap 313. Inilah apa yang pak maksudkan iaitu semangat kerjasama.Pak menafikan dakwaan pihak tertentu yang mendakwa bahawa 313 tidak sehaluan dengan SAHABAT dan sering bertelagah. Itu hanyalah andaian semata-mata. Hakikatnya 313 dan SAHABAT senantiasa berada dalam hubungan yang baik dan bagi pak pula, seluruh ahli 313 perlu menjaga tali persahabatan antara kita dengan semua NGO lain. Sesungguhnya, ini membuktikan bahawa 313 dapat menjalin ikatan kerjasama dengan NGO lain khususnya SAHABAT demi kepentingan bersama terutama kepentingan yang melibatkan umat islam.

Pak juga senantiasa berdoa moga misi kita untuk melihat 313 ini menjadi sebuah kelab yang berdaftar secara sah di sisi undang-undang tercapai dan sekaligus membolehkan 313 bergerak secara proaktif demi mencapai matlamat bersama untuk menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan tanah air.

-Pak Rimau (Timbalan Jeneral Setia Al-Walid^313^-

PS
Alhamdulillah setelah saya baca surat ini, saya bersyukur kerana SAHABAT amat memahami perjuangan 313 dan telah menerima 313 dengan baik.

Kami wakil Putrajaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jeneral kerana menerangkan matlamat dan perjuangan 313 kepada ahli2 SAHABAT, terima kasih juga kepada Ayahanda Syed Hussin kerana ingin menolong 313 mendaftar dengan pihak Pendaftar Petubuhan Belia (ROY) serta orang2 kuat SAHABAT kerana menerima 313 dengan baik.

Saturday, November 14, 2009

Turun KGB

Pagi tadi aku turun Kg. Baru bersama-sama saudara 313 bahagian Pahang serta Pendekar pssgm 313 untuk berjumpa dengan orang lama serta pengasas 313. Tujuan kami adalah untuk kenal mengenal dengan ahli2 313 KGB serta ingin memberi cadangan atau pendapat mengenai 313. Saudara 313 bahagian Pahang turun KGB kerana ingin melihat suasana bandar Kuala Lumpur. Itu sebab kami bawa mereka..

Tibanya kami di KGB, kami lepak dan makan2 di sebuah restoran yang berada di belakang Adamson Hotel. Lepas itu, aku menelefon Jeneral beberapa kali untuk memberitahu bahawa kami berada di KGB kerana ingin berjumpa dengannya tetapi Jen tidak angkat dan tidak menjawab mesej, kemungkinan beliau sibuk dengan kerjayanya.

Agak lama kami lepak di situ dan saling bertukar maklumat tentang 313 sehingga pukul 5 petang. Ketika itu hujan sangat lebat dan banjir di KGB. Biasalah bandar memang begitu, hehe.. Kebanyakan yang kami nampak di setiap kereta adalah sticker SAHABAT, nampaknya KGB memang ramai ahli yang menyertai SAHABAT.

Mungkin di hari yang akan datang, insyaallah kami turun jika ada sebarang aktiviti rasmi.

Sekian.

Disampaikan oleh;
[Komando] Panglima Gayong^Wakil Jeneral^

Sunday, November 8, 2009

Khas untuk ahli 313 yg berdaftar

Kepada ahli-ahli 313 untuk memberi cadangan, idea atau apa-apa yang bernas untuk kita kemukakan pada meeting yang akan diadakan di Kg Baru pada hari Jumaat (20/11/2009) selepas solat jumaat..

Sebarang cadangan dari ahli kita amat dialu-alukan dan boleh beri cadangan terus ke ms Timbalan Jeneral (pak rimau) / [Komando] sendiri sebelum meeting akan diadakan...

Timbalan Jeneral (pak rimau) memberi tempoh sehingga hari Khamis(19/11/2009) sebelum meeting akan diadakan...

Friday, November 6, 2009

Mesyuarat Agung Majlis 313 Kuala Lumpur -6/11/09-

Di jemput semua ahli 313 cawangan KL menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Majlis 313 KL. Butiran majlis mesyuarat adalah seperti berikut:

Tarikh & hari : Jumaat, 20/11/2009
Masa: Selepas solat jumaat
Lokasi: Kawasan Umno lama Kg Baru, KL.

Sekian, terima kasih.

Thursday, November 5, 2009

Undang-Undang 313

1)PARA AHLI 313 PERLU BEKERJASAMA ANTARA SATU SAMA LAIN.

2)SETIAP NEGERI HANYA DIKETUAI OLEH SEORANG SAHAJA WAKIL MUTLAK 313.

3)PARA AHLI MESTILAH TIDAK MELAKUKAN PERKARA2 YANG MAMPU MENDATANGKAN KEMUDARATAN DALM 313,DIRI,KELUARGA MAHUPUN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.

4)BAGI AHLI-AHLI PEKIDA,PEWARIS,SAHABAT,DAN SEUMPAMANYA YG MENYERTAI 313 DILARANG SAMA SEKALI MENGAITKAN 313 DENGAN MANA-MANA KUMPULAN YG LAIN.

5) PARA AHLI MESTILAH BERPENGANG PADA KONSEP 'AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR'.

6) AHLI DILARANG SAMA SEKALI MNGAMALKAN BUAH-BUAH TERTENTU BAGI MENGELAKKAN TNGGPAN SALAH MASYARAKAT TERHADAP 313.

7) KEPADA AHLI YG BAWAH UMUR (17 TAHUN KEBAWAH) MEREKA DILETAK DALM PANJI SABILILLAH [PS].

8)WAKIL MUTLAK 313 PERLULAH MENJAGA DAN MEMANTAU PERGERAKAN ANAK BUAH DARI SEMASA KE SEMASA.

9)WAKIL MUTLAK HANYA DIBENARKAN MELANTIK SEORANG SAHAJA PEMBANTU WAKIL MUTLAK SUPAYA TIDAK MENIMBULKAN KEKELIRUAN SESAMA AHLI.. HAL INI PERLU SUPAYA TIDAK ADA AHLI YG MENGAKU BELIAU ADALAH PEMBANTU WAKIL MUTLAK(WM).

10)PENGUNAAN NAMA SAMARAN YG MMBAWA MAKSUD YG TIDAK BAIK..DILARANG SAMA SEKALI.

11)AHLI-AHLI DILARANG SAMA SEKALI MNGGUNAKAN NAMA 313UNTUK TUJUAN YANG TIDAK BAIK DAN TUJUAN YG TERTENTU BAGI KEPENTINGAN DIRI DAN SEUMPAMANYA.

12)AHLI- YG MELAKUKAN KESALAHAN DIBERI 3 KALI AMARAN.SEKIRANYATETAP MELAKUKAN KESALAHAN..AHLI TERSEBUT AKN DIPECAT DARIPADA 313.

13)BAGI KESALAHAN BERAT, IA AKN DIKENDALIKAN OLEH BIRO DISIPLIN.

14)SEGALA KEPUTUSAN MUKTAMAD TERLETAK KEPDA BIRO DISIPLIN DAN MAJLIS TERTINGGI..

15)AHLI MESTI BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN ISLAM, MENJADIKAN AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI PANDUAN DLM KEHIDUPAN, BERPEGANG TEGUH KEPADA PRINSIP 3 RUKUN [ RUKUN ISLAM, IMANDAN RUKUN NEGARA], MEMATUHI PERLEMBAGAAN NEGARA, TAAT SETIA KEPADA PEMIMPIN DAN RAJA-RAJA MELAYU.

16) AHLI MESTI MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM, KEAMANAN NEGARA DAN BANGSA MELAYU.

17) AHLI MESTI MENANAMKAN SEMANGAT 313 DAN TAAT SETIA DALAM JIWA DAN JGN SESEKALI BERPALING TADAH ATAU MENGKHIANATI SESIAPA.

18) AHLI DILARANG TERLIBAT DALAM MAKSIAT, KEMUNGKARAN & ANASIR-ANASIR NEGATIF TERUTAMA AHLI-AHLI MUDA.

19) AHLI MESTI BERSATU SEBAGAI SEBUAH PASUKAN,ANGKATAN DAN KELUARGA DLM MENGHARUNGI CABARAN DAN HALANGAN.

20) AHLI PERLU MENUNJUKKAN SAHSIAH DIRI, JATI DIRI, DISIPLIN YANG BAIK DAN DILARANG BERSIKAP ALA SAMSENG.

BIRO DISIPLIN: BIRO DISIPLIN DIWUJUDKAN BAGI MEMASTIKAN AHLI2 YANG MELAKUKAN KESALAHAN AKN DIHADAPKAN KE BIRO DISIPLIN. BIRO DISIPLIN BERPERANAN MENYIASAT DAN MMBERI KATA PUTUS YG TERTENTU MENGUKUT KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH AHLI..NAMUN..

BIRO DISIPLIN PERLULAH MNGHANTAR SEGALA KEPUTUSAN KEPADA MAJLIS TERTINGGI BAGI MEMASTIKAN SEGALA KEPUTUSAN DIPERSETUJUI OLEH MAJLIS TERTINGGI..SEGALA KEPUTUSAN PERLU JUGA DISERAHKAN KEPADA WAKIL MUTLAK DI MANA ANAK BUAHNYA MELAKUKAN KESALAHAN TERSEBUT SUPAYA WAKIL MUTLAK FAHAM DAN DAPAT MNGECAM ANAK BUAHNYA YG MELAKUKAN KESALAHAN-KESALAHAN TERTENTU..


BIRO DISPLIN DIANGGOTAI OLEH :-

1.PANGLIMA SETIA AL-KHATTAB [ TAMAN DESA BAIDURI, KETUA BIRO],
2.PANGLIMA KELANTAN [KELANTAN],
3. PUTERI SUMAYYAH [GOMBAK, PEMIMPIN WANITA. 313]
SEKIAN..PATUHI UNDANG-UNDANG.

Tuesday, November 3, 2009

Majlis Musyawarah Majlis 313 Kuala Lumpur (TERBARU!!)

Salam sahabat2 sekalian, pak rimau telah mengadakan majlis musyawarah atau mesyuarat pada hari Jumaat, 20/11/2009. Beliau berkata objektif utama musyawarah ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai PERGERAKAN KEBAJIKAN 313. Pak rimau mengesyorkan agar nama pergerakan ini ditukar kepada nama PERGERAKAN SUKARELAWAN MUDA 313 atau PERGERAKAN SUKARELAWAN BELIA 313 dan melibatkan golongan muda sebagai anggota. Pak rimau juga berpesan bahawa dia mahu berbincang dengan lebih mendalam dan mendapatkan pandangan para ahli dalam hal ini. Beliau juga berpesan pergerakan ini merupakan salah satu tunjang kekuatan dalam 313.

Sekian...