Wednesday, December 30, 2009

Rombongan Majlis 313 Seri Petaling


Anak Buahnya

Pak Rimau bersama anak buah 313
Pak Rimau

Pada 30/12/2009,hari Rabu yang lalu.Pak Rimau bersama-sama dengan 3 orang anak buahnya telah mengadakan perjumpaan kecilan.Perjumpaan ini bertujuan bagi memperkuatkan tali persahabatan sesama saudara seislam.Jam 11 pagi, mereka bergerak ke Midvalley dengan menaiki Bas RapidKL.Anak-anak buah pak rimau ini sebenarnya ahli-ahli baru 313.Mereka akan diberikan bimbingan oleh pak rimau dan akan dilatih menjadi ahli 313 yang berakhlak mulia, setia dalam perjuangan dan memahami perjuangan 313 di samping membentuk barisan saf 313 yang mantap.

Petikan ini di petik daripada Timbalan Jen

Monday, December 28, 2009

Gambar Kenangan Bersama Ahli 313

Wakil Putrajaya, Kedah & Pahang.


Wakil Pahang & Putrajaya

Sejak kebelakangan ini, saya banyak merantau ke arah utara, selatan dan timur untuk menarik ahli-ahli baru menyertai 313. Alhamdulillah keahlian makin hari makin bertambah di setiap negeri serta daerah (di kawasan masing-masing).

Selain itu juga, merantau ke destinasi juga merupakan 1 aktiviti untuk mengeratkan ukhwah persaudaraan.

Sunday, December 20, 2009

Kepada ahli 313, 30, 36, 360, 363, 369, 77 dan sebagainya

Assalammualaikum kepada semua rakan2 dan sahabat2 yang 1 perjuangan,di harap semua dalam keadaan sihat2 belaka


jadi pada hari ini saya ingin mengatakan kita semua 1 perjuangan,kita bersaudara bkn kerana pertubuhan,bkn kerana keturunan atau pun bangsa,kita bersaudara atas nama islam,jika sesiapa yang menghina saudara seislam atau menindas,maka dia telah mencemarkan nama baik islam yang telah rasulullah SAW jalan dulu

sekarang ni ramai kita tgk telah terlantiknya kekanda,ayahanda tetapi jalan cerita tetap sama,amal makruf nahi mungkar tidak dapat di laksanakan dgn sempurna

ini kerana ada beberapa soalan yang harus kita tahu,rasulullah saw telah menyatakan dalam hadisnya,akan datang akhir zaman akan terlantiknya pemimpin2 yang tidak berilmu,jadi kita telah nampak dgn mata kepala sendiri,apa bila di lantik ayahanda dan kekanda yang tidak berilmu,amal makruf nahi mungkar tidak dapat dilaksanakan dgn sempuna kerana pemimpin yang kurang ilmu,kurang agama,masih ikut kata nafsu

apa yang saya katakan bkn kosong,saya telah berjalan,dan berkenalan dgn beberapa pemimpin dalam perjuangan ni,hampir 98% mereka berjuang bkn kerana allah swt dan rasullullah saw

semua kerana wang ringgit dan nama dan atas nama pertubuhan

jadi islam dalam perjuangan ni terbatas,apa yang akan ayahanda dan kekanda akan kata di hadapan allah kelak?

akan rosak akhlak ahli2 bai^ah kerana tiada yang taat pada perintah allah swt dan rasulnya

mereka akan menjadi ahli kerana nama,kerana gengster,kerana pengaruh bkn kerana taat pada perintah allah swt dan rasulnya lagi,marilah kita renungkan bersama,jauhilah segala larangannya,walau pun 313 bkn yang terbaik,tetapi kita mampu mengubahnya untuk jadi yang terbaik,yang baik datang dari allah swt manusia saja yang akan memburukkan keadaan



Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "

-Komandan Al Khattab^313^-

Tuesday, December 15, 2009

Perkembangan 313 di Kedah

Baru2 ini, saya wakil dari Putrajaya serta Wakil Pahang 313 (Pendekar_pssgm) telah berangkat ke Kedah untuk mengembangkan 313 di sana. Alhamdulillah kami mendapat sokongan dan galakan yang begitu ramai. Mereka terima kita dengan baik dan amat tertarik dengan perjuangan 313.

Kami juga telah melantik salah seorang Wakil Kedah iaitu Panglima Zairan 313 dan pembantunya Panglima Firdaus (Brado ///). Mereka adalah ahli pekida malaysia dan merupakan anak gayong yang mempunyai niat baik dan ingin menyertai 313. Mereka juga adalah kawan atau sahabat baik kepada [Komando]Mejar Panglima_Gayong sejak beberapa tahun lalu berkawan.

Diharap pihak 313 bahagian Kedah mewujudkan blog untuk perkembangan di sana seperti aktiviti2, majlis dsb.

Tuesday, December 8, 2009

Kelab Gabungan Belia Bersatu

Objektif Penubuhan KGB:


1.KGB merujuk kepada Kelab Gabungan Belia Bersatu.

2.Nama KGB itu melambangkan kesedaran dan meniup semangat perpaduan yang jitu dalam kalangan belia khususnya belia melayu dan islam.

3.Menjadi sebuah persatuan anak-anak muda melayu yang menjadi contoh tauladan di samping membantu menyatupadukan semula bangsa melayu khususnya generasi muda.

4.Melatih dan melahirkan generasi belia yang berdisiplin, bertanggungjawab,bersatu dan berwawasan.

Visi KGB:
KGB sebagai sebuah persatuan anak-anak muda melayu yang memperjuangkan hal-hal yang berkaitan dengan golongan muda atau belia berbangsa melayu dan beragama islam dari segi segala aspek seperti kebajikan,sisio ekonomi,pembentukan sahsiah diri yang unggul dan memperkasakan ilmu pengetahuan.

Misi KGB:

Meningkatkan taraf ekonomi generasi belia,memperkasakan & mewujudkan generasi belia melayu yang akrab,bersatu padu dan lengkap dengan keilmuan,mempertahankan kesucian agama dan tanah air daripada tercemar,melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan berintegriti.

Memupuk semangat ukhuwah islamiah yang amat tinggi dalam kalangan belia melayu islam khususnya,melahirkan generasi belia yang patriotisme tinggi dan membina minda, keperibadian serta budaya kepimpinan yang cemerlang.

Membina generasi belia melayu islam yang beriltizam, bermoral, berwawasan dan beriman serta bebas jenayah.

Meningkatkan semangat ikatan tali persahabatan dan kerjasama yang erat dengan NGO-NGO islam yang lain demi kepentingan ummah.

Memelihara umat islam daripada berpecah belah terutama belia dan berusaha membina satu bentuk pakatan ummah yang kuat, bersatu hati dan saling bantu membantu.

Ikrar KGB:
Kami Kelab Gabungan Belia Bersatu berikrar dan berjanji akan bersatu padu dan berjuang dengan sepenuh jiwa dan raga demi menggapai misi yang ingin dilaksana serta menumpahkan taat setia tidak berbelah bagi kepada agama, bangsa dan negara.

Cogan kata:
Bersatu Amanah Tawaduk.
Peraturan KGB:
1)Kemasukan ahli baru akan ditapis dengan ketat dan mesti menepati syarat peraturan KGB.Jika tidak, keahlian akan ditolak.Kemasukan ahli dalam KGB adalah antara umur 15-42 tahun.

2)Para ahli perlu melaksanakan Ikrar KGB bagi menjamin kesetiaan ahli di samping menerapkan semangat yang kental dalam diri setiap ahli.Ikrar ini juga adalah untuk membina keperibadian ahli yang lebih mantap di samping melahirkan generasi belia yang berwawasan.

3)Para ahli perlu berpegang,patuh dan mengamalkan prinsip 4 Rukun iaitu Rukun Islam,Rukun Iman,Rukun Negara, dan Rukun KGB di samping juga mencurahkan taat setia yang tinggi kepada Agama Islam,Bangsa Melayu,Raja-raja Melayu,adat istiadat Melayu serta tanah air.

4) Para ahli perlu mempunyai pegangan agama yang kuat agar tidak terkeluar daripada landasan yang benar.Pegangan agama yang betul berlandaskan kitab Al-Quran yang menjadi panduan kepada seluruh ummah dan memberi petunjuk kepada jalan yang paling lurus (kebenaran).

5)Perjuangan KGB adalah untuk membantu kemajuan bangsa melayu khususnya golongan belia dari segi aspek keilmuan,kebajikan,sosio ekonomi,kepimpinan dan sosial di samping meluaskan dakwah islam dengan cara yang betul bagi memartabatkan Islam serta menyumbang bakti kepada negara.Perjuangan KGB adalah perjuangan untuk agama,bangsa dan negara.

6)Para ahli dilarang sama sekali mengamalkan amalan buah seperti buah naga, buah harimau dan sebagainya yang boleh menyebabkan seseorang itu terpesong.Ahli yang mengamalkan buah akan dipecat daripada KGB dan tiada rayuan untuk memohon semula keahlian buat selamanya.

7)Dilarang sama sekali menggunakan istilah ayahanda,abang long paduka,abang long,abang ngah,abang chik,abang muda,abang su dan sebagainya kerana perjuangan dalam islam tidak mementingkan kuasa dan pangkat seseorang itu.

8)Wakil Mutlak Presiden (WMP) akan dilantik bagi setiap cawangan.

9) Wakil Mutlak Presiden (WMP) bertanggungjawab memantau & membimbing cawangan masing-masing dengan sebaiknya.Bagi WMP yang tidak dapat menjalankan amanah dengan baik akan ditarik balik jawatannya serta boleh dikenakan hukuman pecat keahlian.

10)WMP berhak melantik Ahli Jawatankuasa (AJK) dalam cawangan masing-masing bagi memastikan proses pentadbiran berjalan lancar namun mesti dapatkan kelulusan pihak atasan KGB.

11)Pihak atasan KGB akan menarik semula keahlian seseorang ahli yang terjebak dalam kemungkaran.Ini bagi melaksanakan ajaran islam yang amat dititikberatkan yakni mengamalkan amalan amar makhruf nahi mungkar melalui pendekatan yang betul agar dapat mengurangkan kemungkaran dalam kalangan umat islam khususnya golongan belia.

Monday, December 7, 2009

Doakanlah adik kepada saudara kita..

Adik kepada saudara kita "Laksamana_Hilman 313" telah menghembuskan nafas terakhir pada hari Isnin, 7hb.12.2009 (semalam) di Presint 20, Putrajaya.

Ketika itu, aku menerima panggilan dan mengatakan adiknya telah pergi disebabkan penyakit 'kuman masuk paru2nya' yang tidak dapat dirawat sepenuhnya.

Dia menjemput kepada semua ahli2 313 (1 Malaysia) datang melawatnya lusa ini.Marilah kita bersama2 berdoa kepada Allah supaya adiknya ditempatkan di golongan orang2 yg beriman..

Al - Fatihah...