Wednesday, October 7, 2009

Sedikit nasihat utk para ahli -7/10/09-

Assalamualaikum sahabat sekalian.

Pada petang yg mulia ni sye nk beritahu serba sedikit mengenai 313 ini. 313 ini merupakan sebuah organisasi yang baru ditubuhkan pada tahun 2008. Keahlian 313 ini mempunyai seramai lebih 1,300 orang dan 313 mempunyai banyak cawangan Malaysia dan Sumatera, Indonesia. Kalau korang nk tahu lebih lanjut pasal 313, korang bleh tgk dlm laman blog milik WMJ Panglima Setia Harun ( pertubuhan313-cawanganjohor.blogspot.com) atau blog milik WMJ Leftenan Otai (313penang.blogspot.com).

Timbalan nk bgtau korang bahawa 313 ini masih berada dlm proses pendaftaran dgn pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia (R0S).Walaubagaimanapun, mari kita sama2 berdoa moga ALLAH SWT permudahkan segala urusan kita di samping mudahan semua hati kita disatukan oleh-Nya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran yang mendatang.Apabila 313 mendapat kelulusan daripada ROS, maka timbalan akan minta jeneral tukarkan nama 313 kpd nama Pertubuhan Belia Islam Bersatu atau PBIB. Kita akan mula bergerak secara proaktif di samping berusaha melaksanakan pelbagai program demi kepentingan bersama khususnya bangsa kita iaitu bangsa melayu.

313 juga menjadi platform bagi mengukuhkan dan mempertahankan tali persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan bangsa melayu islam khususnya orang2 muda. Jika kita lihat sekarang di negara kita bangsa melayu skg kian dihina, Agama Islam kian dipersenda, Raja2 melayu dan undang2 kian dicabar oleh pihak2 yg x bertanggungjawab.Di samping itu, perpecahan berlaku dlm kalangan bangsa melayu adalah disebabkan oleh faktor politikking yang melampau dan semangat assabiah yang kian memuncak dlm diri seseorang melayu itu.Jadi, timbalan berharap agar semua ahli 313 bersatu hati, kita mesti tolak segala perbezaan dari segi politik dan kita mesti berganding bahu tak kira ahli muda/tua bersama-sama kita berusaha menjaga kepentingan kita di samping melindunginya daripada ancaman2 luar yang liar.

Timbalan juga berdoa satu hari nanti 313 ini akan menjadi sebuah pertubuhan bukan kerajaan [NGO] yg berjaya mencapai matlamatnya dan bergerak secara proaktif.Timbalan juga akan berasa gembira sekiranya 313 dapat menjalinkan jalinan persahabatan atau kerjasama dengan NGO2 lain demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

PS
Di petik dari blog majlis tertinggi 313.

No comments:

Post a Comment