Tuesday, December 8, 2009

Kelab Gabungan Belia Bersatu

Objektif Penubuhan KGB:


1.KGB merujuk kepada Kelab Gabungan Belia Bersatu.

2.Nama KGB itu melambangkan kesedaran dan meniup semangat perpaduan yang jitu dalam kalangan belia khususnya belia melayu dan islam.

3.Menjadi sebuah persatuan anak-anak muda melayu yang menjadi contoh tauladan di samping membantu menyatupadukan semula bangsa melayu khususnya generasi muda.

4.Melatih dan melahirkan generasi belia yang berdisiplin, bertanggungjawab,bersatu dan berwawasan.

Visi KGB:
KGB sebagai sebuah persatuan anak-anak muda melayu yang memperjuangkan hal-hal yang berkaitan dengan golongan muda atau belia berbangsa melayu dan beragama islam dari segi segala aspek seperti kebajikan,sisio ekonomi,pembentukan sahsiah diri yang unggul dan memperkasakan ilmu pengetahuan.

Misi KGB:

Meningkatkan taraf ekonomi generasi belia,memperkasakan & mewujudkan generasi belia melayu yang akrab,bersatu padu dan lengkap dengan keilmuan,mempertahankan kesucian agama dan tanah air daripada tercemar,melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan berintegriti.

Memupuk semangat ukhuwah islamiah yang amat tinggi dalam kalangan belia melayu islam khususnya,melahirkan generasi belia yang patriotisme tinggi dan membina minda, keperibadian serta budaya kepimpinan yang cemerlang.

Membina generasi belia melayu islam yang beriltizam, bermoral, berwawasan dan beriman serta bebas jenayah.

Meningkatkan semangat ikatan tali persahabatan dan kerjasama yang erat dengan NGO-NGO islam yang lain demi kepentingan ummah.

Memelihara umat islam daripada berpecah belah terutama belia dan berusaha membina satu bentuk pakatan ummah yang kuat, bersatu hati dan saling bantu membantu.

Ikrar KGB:
Kami Kelab Gabungan Belia Bersatu berikrar dan berjanji akan bersatu padu dan berjuang dengan sepenuh jiwa dan raga demi menggapai misi yang ingin dilaksana serta menumpahkan taat setia tidak berbelah bagi kepada agama, bangsa dan negara.

Cogan kata:
Bersatu Amanah Tawaduk.
Peraturan KGB:
1)Kemasukan ahli baru akan ditapis dengan ketat dan mesti menepati syarat peraturan KGB.Jika tidak, keahlian akan ditolak.Kemasukan ahli dalam KGB adalah antara umur 15-42 tahun.

2)Para ahli perlu melaksanakan Ikrar KGB bagi menjamin kesetiaan ahli di samping menerapkan semangat yang kental dalam diri setiap ahli.Ikrar ini juga adalah untuk membina keperibadian ahli yang lebih mantap di samping melahirkan generasi belia yang berwawasan.

3)Para ahli perlu berpegang,patuh dan mengamalkan prinsip 4 Rukun iaitu Rukun Islam,Rukun Iman,Rukun Negara, dan Rukun KGB di samping juga mencurahkan taat setia yang tinggi kepada Agama Islam,Bangsa Melayu,Raja-raja Melayu,adat istiadat Melayu serta tanah air.

4) Para ahli perlu mempunyai pegangan agama yang kuat agar tidak terkeluar daripada landasan yang benar.Pegangan agama yang betul berlandaskan kitab Al-Quran yang menjadi panduan kepada seluruh ummah dan memberi petunjuk kepada jalan yang paling lurus (kebenaran).

5)Perjuangan KGB adalah untuk membantu kemajuan bangsa melayu khususnya golongan belia dari segi aspek keilmuan,kebajikan,sosio ekonomi,kepimpinan dan sosial di samping meluaskan dakwah islam dengan cara yang betul bagi memartabatkan Islam serta menyumbang bakti kepada negara.Perjuangan KGB adalah perjuangan untuk agama,bangsa dan negara.

6)Para ahli dilarang sama sekali mengamalkan amalan buah seperti buah naga, buah harimau dan sebagainya yang boleh menyebabkan seseorang itu terpesong.Ahli yang mengamalkan buah akan dipecat daripada KGB dan tiada rayuan untuk memohon semula keahlian buat selamanya.

7)Dilarang sama sekali menggunakan istilah ayahanda,abang long paduka,abang long,abang ngah,abang chik,abang muda,abang su dan sebagainya kerana perjuangan dalam islam tidak mementingkan kuasa dan pangkat seseorang itu.

8)Wakil Mutlak Presiden (WMP) akan dilantik bagi setiap cawangan.

9) Wakil Mutlak Presiden (WMP) bertanggungjawab memantau & membimbing cawangan masing-masing dengan sebaiknya.Bagi WMP yang tidak dapat menjalankan amanah dengan baik akan ditarik balik jawatannya serta boleh dikenakan hukuman pecat keahlian.

10)WMP berhak melantik Ahli Jawatankuasa (AJK) dalam cawangan masing-masing bagi memastikan proses pentadbiran berjalan lancar namun mesti dapatkan kelulusan pihak atasan KGB.

11)Pihak atasan KGB akan menarik semula keahlian seseorang ahli yang terjebak dalam kemungkaran.Ini bagi melaksanakan ajaran islam yang amat dititikberatkan yakni mengamalkan amalan amar makhruf nahi mungkar melalui pendekatan yang betul agar dapat mengurangkan kemungkaran dalam kalangan umat islam khususnya golongan belia.

No comments:

Post a Comment