Thursday, February 25, 2010

Sambutan Majlis Maulidur Rasul Putrajaya 2010


KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini yang bertemakan "Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah" akan diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya Jumaat ini.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan berkata Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijadual berangkat ke majlis itu.
Yang akan turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.Majlis sambutan akan bermula dengan perarakan dari Istana Kehakiman pada pukul 7.30 pagi dan berakhir di Masjid Putra, demikian menurut Jakim.
Sebanyak 106 kontinjen yang terdiri daripada agensi kerajaan, badan berkanun, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan akan menyertai perarakan.
Selain itu juga, ada di Selangor.

No comments:

Post a Comment