Saturday, November 21, 2009

Nasihat dari Timbalan Jeneral

Bismillahhirrahmannirrahim. Maha suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Alhamdunillah mudahan mari kita berdoa kepada Allah SWT agar perjuangan 313 dapat diteruskan selamanya. Pak mahu berikan sedikit nasihat dan peringatan kepada semua pengunjung blog.Sebagai pengunjung blog, kita akan memasuki banyak laman blog yang mempunyai banyak info2 yang mungkin anda mahukan. Pak nak tegaskan di sini, sekiranya dalam sesuatu blog itu moderator ada meletakkan sebuah kotak/ruangan khas untuk para pengunjung chit chat, anda boleh menggunkannya untuk berkongsi pendapat dan idea yang mungkin berguna serta boleh dikongsi bersama.

Kita sebagai pengunjung blog perlu mempunyai adab dan etika ketika menulis mengenai sesuatu pandangan dalam sesebuah blog. Kita perlu hormat pada orang di samping menjaga tatasusila dan setiap perkataan yang ditulis itu perlulah tidak menyentuh peribadi mana-mana pihak atau individu. Kita juga perlu bersikap secara matang dan sampaikan pandangan2 yang baik dan berkaitan dengan info2 yg ada dalam sesebuah blog. Kadangkala, ada juga pengunjung blog yang bersikap biadap dengan menyelitkan perkataan-perkataan lucah atau berbau perkauman dalam sesebuah blog.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana kita perlu sedar bahawa masyarakat umum akan baca tulisan anda itu dan mereka akan dapat menilai sikap dan keperibadian anda ini melalui penulisan dan kata2. Jika anda suka menulis perkara yang bukan2 dan berunsur perkauman atau lucah, maka orang akan dapat kenalpasti sikap anda. Di samping itu, kita kena ingat, setiap blog yang ada di Malaysia ini senantiasa dipantau oleh pihak berkuasa. Oleh itu, tidak salah untuk kita sampaikan pendapat kita melalui saluran blog.Namun, kita harus ingat, dalam semua perkara yang kita lakukan, kita perlu ada cara perlaksanaan dan adabnya. Oleh itu, jika kita ini seorang yang gemar berkongsi pendapat dengan orang lain melalui blog, kita perlu menjaga penulisan, kata2 dan tatatertib kita.

Malah, kita juga perlu bersikap matang. Jangan bersikap kebudak-budakan.Setiap manusia mempunyai sikap yang berbeza.Setiap orang mempunyai perasaan dan jiwa.Oleh itu,sebagai pengunjung blog, kita dilarang sama sekali menulis atau memfitnah seseorang atau sesebuah agensi dan negara serta NGO-NGO dengan dakwaan-dakwaan yang tidak munasabah.Dalam erti kata lain, kita dilarang sama sekali untuk menyebarkan fitnah dan membuka keaiban orang lain.

Fitnah ini dosanya lebih besar daripada membunuh.Fitnah merupakan kemungkaran dan mesti di cegah seperti mana Islam menyarankan umatnya agar melaksanakn amar makhruf nahi mungkar.Namun, jika seseorang penulis blog itu beragama islam tidak kira bangsa samada melayu atau bangsa lain sekalipun, jika dia menulis sesuatu artikel atau pandangan yang mengaibkan orang lain atau mengandungi unsur-unsur fitnah, ia merupakan satu perkara yang amat hairan dan memalukan.

Kenapa???. Sebab, jika kita beragama islam, kita perlu patuh pada ajaran islam. Jangan hanya bangga dengan islam pada nama sahaja tetapi jiwa, sikap dan tatasusila, sahsiah diri serta cara kehidupan kita tidak mencerminkan ciri2 sebagai seorang muslim yang betul2 kuat berpegang pada ajaran islam.Inikan pula, jika dia sering mengaibkan pihak2 tertentu dan melakukan fitnah. Apakah orang seperti itu perlu kita biarkan??. atau sayugia kita mencegahnya melalui saluran2 yg betul??..Apakah perlu kita biarkan orang yang bersikap demikian terus melakukan kerja2 yg kotor ini???. Kita kena fikir, jika orang sebegini terus dibiarkan, dia akan terus menjatuhkan nama baik serta maruah orang/pihak yang di fitnah itu sekaligus menyebabkan masyarakat memandang sinis sedangkan segala dakwaan yang dibuat itu tidak benar!!.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelangga. Itulah ungkapan peribahasa yang sesuai bagi sikap orang yg suka buat fitnah. Disebabkan sikapnya, orang lain terpaksa menerima tempiasnya. Pihak berkuasa sewajarnya mengambil tindakan tegas terhadap golongan sebegini biarpun dia menggunakan nama samaran dalam blog. Pihak berkuasa dapat mengesan org2 sebegini.Nasihat pak ini adalah untuk seluruh ahli 313, ahli2 NGO, dan warganegara Malaysia samada orang muda atau tua.Cuba kita renungkan bersama...

Ingatlah!!.. Khusus untuk bangsa melayu, bangsa yang pak rimau paling sayangi, jangan bersikap hasrat dengki, benci membenci, fitnah memfitnah sesama saudara seagama sendiri sebaliknya jadilah kita ini orang yang bersikap matang baik dari segala perbuatan, percakapan, sahsiah diri dan sebagainya. Ingatlah!!!!!!!!

Sekian...

Timbalan Jeneral Setia Al-Walid 313 (Pak Rimau)
[ Timbalan pengerusi 313 ]

No comments:

Post a Comment