Wednesday, November 18, 2009

Pesanan buat 313

Dibawah ini adalah pesanan dari Komandan Al-Khattab

"Assalammualaikum segala puji bagi yang telah mengembangkan perjuangan ni .. marilah kita bersyukur ke hadrat ilahi berzikir dan berselawat...
jauhkan lah segala larangannya ...

saya nak memberitahu pada ahli2 313,saya tak kisah kamu nak simpan logo pekida atau apa pun,tapi saya pantang tgk ahli 313 ada simpan gambar naga dan yin yang ,buat apa kita simpan gambar naga yang jadi kebanggaan china,buat apa kita simpan logo yin yang yang menjadi kesukaan china beragama budha ... ingat perjuangan kita yang sebenar,apa yang RASULLULLAH SAW katakan dalam hadis telah menjadi nyata ... banggalah kamu sebagai umat islam,banggalah kamu dgn kalimah yang ada di kening kamu itu,jagalah dgn baik ...jika kamu mengaji,kamu tahu tentang islam,penghayatan islam,kamu mesti tahu apa hukumnya jika kamu bangga dgn NAGA DAN YIN YANG .. hidup jgn ikut orang,kuatkan pendirian sebagai umat islam yang cemerlang ...
jgnlah kamu tersesat dgn perjuangan Naga(kelub2 MALAM) ..
PERJUANGAN YIN YANG(MABUK)
SESUNGGUHNYA KAMU HARUS MEMPERKUATKAN IMAN DAN MEMPERBETULKAN TINGKAH LAKU YANG MAKIN TERPESONG ...

ISLAM NAMA SAHAJA

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".



H.R al-Baihaqi

Keterangan

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

hayati lah wahai saudara2 seperjuanganku"

Komen dari <
Wakil Jeneral 313>

"Assalamualaikum buat semua adik beradik 313 seluruh malaysia... semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat dan mematuhi perintah yang Allah tetapkan..

Tujuan saya hantar buliten ni adalah respon kepada saudara kita komandan al-khattab, saya bersetuju dgn beliau.minta semua ahli faham matlamat jen tubuhkan 313 ni agar kita semua bersatu khususnya golongan belia agar tidak terjebak dengan aktiviti tidak sihat dan maksiat,bantu sesama melayu islam dan saudara islam,kukuhkan hubungan perpaduan melayu islam dan seagama dgn kita walaupn berbeza bangsa.

Maruah bangsa MELAYU harus di jaga dengan baik dan usah kita cemari dengan anasir2 yang tidak d galakkkan dalam ISLAM.biarpun ada ahli yang menyimpan logo Pekida atau ahli pekida sendiri yang menyertai 313, saya harap kita sesama MELAYU BERAGAMA ISLAM tidak terpesong dari ajaran ISLAM dan sentiasa bersatu.

ahli2 313 saya minta faham mesej yang d sampaikan oleh komandan al-khattab agar kita tidak menyimpan logo2 yang tidak berunsurkan PERJUANGAN ISLAM dan boleh menimbulkan maksud yang tidak baik.akhir kata saya mohon maaf andai teguran ini menyinggung mana2 pihak, tetapi percayalah sahabat2ku.. aku tidak sekali bermaksud untuk menyakiti kamu tetapi sayangkan kamu semua agr kita ahli 313 kekal di landasan yang betul.. sekian..Taat Setia 313! "

No comments:

Post a Comment