Saturday, November 14, 2009

Turun KGB

Pagi tadi aku turun Kg. Baru bersama-sama saudara 313 bahagian Pahang serta Pendekar pssgm 313 untuk berjumpa dengan orang lama serta pengasas 313. Tujuan kami adalah untuk kenal mengenal dengan ahli2 313 KGB serta ingin memberi cadangan atau pendapat mengenai 313. Saudara 313 bahagian Pahang turun KGB kerana ingin melihat suasana bandar Kuala Lumpur. Itu sebab kami bawa mereka..

Tibanya kami di KGB, kami lepak dan makan2 di sebuah restoran yang berada di belakang Adamson Hotel. Lepas itu, aku menelefon Jeneral beberapa kali untuk memberitahu bahawa kami berada di KGB kerana ingin berjumpa dengannya tetapi Jen tidak angkat dan tidak menjawab mesej, kemungkinan beliau sibuk dengan kerjayanya.

Agak lama kami lepak di situ dan saling bertukar maklumat tentang 313 sehingga pukul 5 petang. Ketika itu hujan sangat lebat dan banjir di KGB. Biasalah bandar memang begitu, hehe.. Kebanyakan yang kami nampak di setiap kereta adalah sticker SAHABAT, nampaknya KGB memang ramai ahli yang menyertai SAHABAT.

Mungkin di hari yang akan datang, insyaallah kami turun jika ada sebarang aktiviti rasmi.

Sekian.

Disampaikan oleh;
[Komando] Panglima Gayong^Wakil Jeneral^

No comments:

Post a Comment