Monday, November 16, 2009

Merintis semangat kerjasama

Di bawah ini adalah surat daripada Timbalan Jeneral yang berbunyi..

Bismillahhirrahmannirrahim..Assalamualaikum buat semua kwn2 dan pengunjung2 blog ini. Alhamdunillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana pak masih berpeluang lagi untuk menulis berita-berita terbaru yang berlaku dalam 313.Sesungguhnya walaupun sekarang ini pak masih lagi sibuk dek kerana berjihad dalam peperiksaan yang sedang berlangsung, masih tinggal 3 hari saja baki hari peperiksaan ni dan pak masih dapat meluangkan masa untuk berkongsi cerita baru dalam laman blog ini.

Alhamdunillah, pak nak berkongsi sedikit cerita mengenai semangat kerjasama. Apa yang pak nak kongsikan dalam blog ini adalah sebagai perangsang buat kita semua sebagai saudara seagama untuk terus bersikap bagai aur dengan tebing di mana kita seharusnya mengamalkan semangat kerjasama dalam kehidupan seharian.

Untuk pengetahuan saudara2 pembaca sekalian, Jeneral otai telah menghadirkan diri ke mesyuarat SAHABAT (Pertubuhan Warisan Persahabatan Malaysia) bulan lalu.Dalam mesyuarat tersebut, jeneral telah berkongsi cerita mengenai intipati 313 ini kepada seluruh ayahanda dan kekanda-kekanda sahabat yang turut hadir. Beliau menyampaikan perkara2 mengenai tujuan 313 ditubuhkan, apakah itu 313 dan segala hal yang berkaitan dengan 313.Pendek cerita, jeneral telah memperkenalkan 313 kepada semua org2 kuat SAHABAT.

Alhamdunillah, akhirnya 313 diterima secara positif dan terbuka oleh ayahanda2, kekanda2 dan ahli SAHABAT. Bahkan, Ayahanda Syed Hussein sendiri telah berhasrat untuk membantu 313 berdaftar dengan pihak Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Syukur alhamdunillah, pak melihat perkara ini sebagai satu perkara yang amat baik dan murni. Kita perlu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ayahanda Syed Hussein.

Insya-Allah, 313 akan menjadi sebuah kelab berdaftar di sisi undang2 buat sedikit masa lagi. Marilah sama2 kita berdoa moga kita dikurniakan kejayaan dan kita juga perlu bersyukur kepada Ayahanda Syed Hussein diatas bantuan beliau terhadap 313. Inilah apa yang pak maksudkan iaitu semangat kerjasama.Pak menafikan dakwaan pihak tertentu yang mendakwa bahawa 313 tidak sehaluan dengan SAHABAT dan sering bertelagah. Itu hanyalah andaian semata-mata. Hakikatnya 313 dan SAHABAT senantiasa berada dalam hubungan yang baik dan bagi pak pula, seluruh ahli 313 perlu menjaga tali persahabatan antara kita dengan semua NGO lain. Sesungguhnya, ini membuktikan bahawa 313 dapat menjalin ikatan kerjasama dengan NGO lain khususnya SAHABAT demi kepentingan bersama terutama kepentingan yang melibatkan umat islam.

Pak juga senantiasa berdoa moga misi kita untuk melihat 313 ini menjadi sebuah kelab yang berdaftar secara sah di sisi undang-undang tercapai dan sekaligus membolehkan 313 bergerak secara proaktif demi mencapai matlamat bersama untuk menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan tanah air.

-Pak Rimau (Timbalan Jeneral Setia Al-Walid^313^-

PS
Alhamdulillah setelah saya baca surat ini, saya bersyukur kerana SAHABAT amat memahami perjuangan 313 dan telah menerima 313 dengan baik.

Kami wakil Putrajaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jeneral kerana menerangkan matlamat dan perjuangan 313 kepada ahli2 SAHABAT, terima kasih juga kepada Ayahanda Syed Hussin kerana ingin menolong 313 mendaftar dengan pihak Pendaftar Petubuhan Belia (ROY) serta orang2 kuat SAHABAT kerana menerima 313 dengan baik.

No comments:

Post a Comment